Friday, February 12, 2010

Mahkamah Rakyat ?

1. Puak pembangkang kecoh pasal rakyat menjadi hakim dan mahkamah rakyatnya.

2. Bukankah hakim-hakim yang ada sekarang ini sebahagian rakyat Malaysia juga ? Bahkan mereka ini belajar undang-undang bertahun-tahun lamanya dan akhirnya mendapat ijazah dalam bidang ini dengan cemerlang.

3. Mereka ini bekerja sebagai peguam cara atau peguam bela dan ada juga menjadi majistret pada awalnya, naik perlahan-lahan pangkatnya menjadi hakim mahkamah sesyen,tinggi,rayuan sehingga mahkamah persekutuan.

4.Ada diantara mereka dilantik sebagai pendaftar mahkamah,hakim kanan,hakim besar Malaya dan Borneo,Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara.

5. Tiap-tiap hari mereka ini bekerja mengadili dan mengadakan perbicaraan dalam mahkamah sampai ada yang berpuluh-puluh tahun terlibat secara terus dalam perbicaraan sivil dan jenayah.

6. Dengan pengetahuan yang tinggi dan mendalam juga berpengalaman yang luas dalam perundangan selama berpuluh-puluh tahun ini jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang lainnya tidak pernah belajar dan tidak ada pengalaman  dalam bidang perundangan, siapa yang lebih tepat, adil dan patut dipercayai dalam menghukum dan membicarakan sesuatu perkara baik sivil atau jenayah di dalam mahkamah ?

7. Keadilan itu adalah meletakkan sesuatu itu pada tempat yang betul.Bagaimana hendak mencapai keadilan kalau diberikan kepada bukan orang yang ahli untuk membuat sesuatu pekerjaan dan membuat keputusan ? Contohnya jika ada kereta yang rosak kepada siapa hendak kita meminta bantuan, tentunya kepada mekanik kereta dan seboleh-bolehnya kita mahu seorang mekanik yang cekap,pandai dan berpengalaman untuk membaiki kereta kita.Kita tidak mahu sebarang orang yang membaikinya , lebih-lebih lagi kepada orang yang tak pernah belajar membaiki kereta. Dan sebagai contoh lagi jika kita sakit, mestilah nak jumpa doktor,jika boleh doktor pakar lagi dan lagi doktor yang ada tauliah dan bukan pula doktor yang palsu.

8.Para professional ini ada lembaga dan persatuan atau majlis yang memantau seperti peguam ada majlis peguamnya, doktor ada mmc dan mma begitu juga jurutera, arkitek dan akauntan. Ini semua untuk mengelakkan terjadinya penipuan kepada rakyat dengan mengeluarkan lesen kepada para professional dapatlah rakyat tahu mereka ini benar dan bukannya palsu.Mereka ini menjalani peperiksaan dan penilaian yang ketat untuk medapatkan lesen perkhidmatan kepada orang ramai.

9. Saudara berfikirlah mahukah kita membiarkan kita dalam kebinasaan dengan memberikan orang yang bukan ahli untuk membuat keputusan penting dalam melaksanakan amanah negara ini ?

No comments:

Post a Comment

Use OpenDNS