Thursday, February 18, 2010

Anwar Homoseksual ? Rela Atau Paksa

1. Ada satu persamaan undang-undang baik di Malaysia atau negara-negara lain di dunia ini yang berkaitan dengan undang-undang pemerkosaan gadis di bawah umur 16 tahun. Apabila sesuatu kes terjadi dan dibawa ke mahkamah hanya keputusan bersalah akan dijatuhkan kepada pihak yang dituduh jika terdapat bukti-bukti dan saksi-saksi yang mencukupi sama ada perkara itu suka sama suka iaitu dengan kerelaan sendiri atau dengan paksaan.

2. Ada lagi satu persamaan undang-undang di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain tetapi tidak kepada negara-negara Eropah, Amerika Syarikat , dan Australia iaitu mengenai undang-undang liwat, suka atau paksa tetap bersalah juga jika disabitkan di mahkamah. Undang-undang liwat Malasia ini sama juga dengan undang-undang gadis di bawah umur di negara-negara Barat yang mengatakan tetap melakukan kesalahan jenayah kepada tertuduh tidak kira suka sama suka atau paksa tetap dijatuhkan hukuman yang berat ke atas pihak yang kena tuduh.Mangsa pula terlepas dan dibebaskan daripada tindakan undang-undang.

3.Di negara-negara Barat pula jika melakukan paksaan sama ada penderaan atau keganasan mental atau fizikal dalam berkaitan seksual walaupun undang-undang mereka membenarkan perkahwinan sejenis atau bukan sejenis atau juga gangguan seksual tetap kena tindakan undang-undang,tetapi tidak kepada yang suka sama suka. Ini dibenarkan dan tidak menjadi kesalahan undang-undang tetapi moralnya tetap tidak baik.Besekedudukan,perzinaan,biseksual,homoseksual,lesbian dan transeksual adalah perkara biasa bagi negara-negara Barat asalkan suka sama suka dan bukan dengan paksaan.

4. Anwar homoseksual ? Tertuduh tidak dapat mengelak dan sedaya-upaya untuk melepaskan diri dengan mengatakan liwat tidak berlaku. Ini sangat penting kerana suka atau paksa tetap kena juga. Tertuduh tidak boleh berhujah suka sama suka kerana undang-undang tetap mensabitkan kesalahan jenayah telah berlaku dan pihak tertuduh terpaksa menerima hukuman atas perbuatannya. Jika di negara-negara Barat dia boleh berhujah begitu dan pasti terlepas kerana undang-undang membenarkan perilaku luar tabie itu.Di Malaysia tiada pilihan sama juga kepada yang melakukan hubungan seks dengan gadis di bawah umur juga terpakai di negara-negara barat tetap bersalah dari segi undang-undangnya.

5. Mana-mana negara dalam dunia ini undang-undangnya jika terdapat paksaan dan keganasan tetap bersalah dan boleh didakwa mana-mana undang-undang tidak kira sama-ada peruntukan undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis. Ini sama juga dengan undang-undang perkahwinan yang biasa iaitu lelaki dan perempuan. Berlakunya pencerobohan,paksaan dan keganasan boleh dikenakan tindakan undang-undang juga kepada pembohongan,penipuan dan pemalsuan dalam mana-mana undang-undang sekalipun yang dibuat.

6.Ironinya di negara-negara barat para pejuang wanitanya sangat mengambil berat gangguan seksual di pejabat dan ada undang-undang yang sangat tegas mengenainya.Bagaimana pula dengan Saiful telah mendapat ganngguan seksual dengan majikannya semasa waktu bekerja ? Tidak kiralah lelaki ganggu perempuan atau sebaliknya atau sesama jenis baik perempuan atau pun lelaki telah berlaku gangguan seksual di tempat kerja denagn paksaan dan tidak rela kepada mangsa yang tidak terdaya terutamanya dengan bos yang berkuasa dan berpengaruh.

1 comment:

  1. Dah memang jenis peliwat tegar mana bolih tengok je mesti sondol, ha kali ini sondol tak lepas si anu nya berkonspirasi terhadap diri nya sendiri. Itu lah hikayat ANU war yang akan tercatit dalam sejarah sebagai peliwat tegar.

    ReplyDelete

Use OpenDNS