Loading...

Wednesday, February 24, 2010

PM, Menteri, Peguam Negara Korup ?

1. Patutkah laporan polis dan aduan rasuah kepada SPRM dibuat kepada mereka ini ? Baca di sini.

2. Mahukan penjelasan yang menyakinkan daripada mereka ini bagaimana anak luar nikah dapat sijil kelahiran daripada JPN. Adakah undang-undang yang membenarkannya dan terdapat pengecualian dalam kes ini ? Kalau ada atas dasar atau merit apa yang mengikut undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada di negara ini ?

3. Jika ada, pernah terjadikah sebelum ini, kalau ada sebutkan  dan nyatakan kes sebelumnya atau tiada , adakah ini kes yang pertama dan akan menjadi precedent untuk masa akan datang ?

4. Persoalan sekarang dan masa hadapan akan menjadi ikutan dan amalan di negara ini anak para penzina boleh mendapat pengiktirafan undang-undang negara dengan meminta pertolongan dan merayu kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Peguam Negara, Setiausaha Politik PM dan Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri atas dasar kepentingan Politik semata-mata.

5. Umat Islam akan mendapat keadilankah dengan cara ini ? Kristian,Buddha,Hindu dan agama selain dari Islam akan mendapat hak dan keistimewaan dengan cara ini ? Anak luar nikah umat Islam mendapat tekanan undang-undang dan penafian hak yang sah melalui undang-undang berbanding penganut agama selain dari Islam ?

6. Amat musykil sekali orang yang membunuh diri dan terlibat sama dalam jenayah rasuah mendapat keistimewaan yang luar biasa sekali tanpa ada jasa dan sumbangan besar kepada negara ini demi kepentingan politik kebinatangan,sempit dan kuat meyalak lagi amat perkauman dan komunis.Dilayan dan ditatang oleh pemimpin negara secara amat luar biasa sekali.

7. Terfikir dan terlintas undang-undang dicipta dan dikuatkuasakan di negara ini hanya kepada bangsa Melayu dan umat Islam tidak kepada bukan Melayu. Mereka ini diberi layanan khas dan pengecualian daripada tindakan undang-undang sama juga kepada warga asing . Beginikah nasib Melayu di Bumi Melayu ? Pemimpin Melayu mengenakan orang Melayu dan menzalimi bangsanya sendiri dengan pengkhianatan dan hasad dengki yang tidak berkesudahan.

Thursday, February 18, 2010

Anwar Homoseksual ? Rela Atau Paksa

1. Ada satu persamaan undang-undang baik di Malaysia atau negara-negara lain di dunia ini yang berkaitan dengan undang-undang pemerkosaan gadis di bawah umur 16 tahun. Apabila sesuatu kes terjadi dan dibawa ke mahkamah hanya keputusan bersalah akan dijatuhkan kepada pihak yang dituduh jika terdapat bukti-bukti dan saksi-saksi yang mencukupi sama ada perkara itu suka sama suka iaitu dengan kerelaan sendiri atau dengan paksaan.

2. Ada lagi satu persamaan undang-undang di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain tetapi tidak kepada negara-negara Eropah, Amerika Syarikat , dan Australia iaitu mengenai undang-undang liwat, suka atau paksa tetap bersalah juga jika disabitkan di mahkamah. Undang-undang liwat Malasia ini sama juga dengan undang-undang gadis di bawah umur di negara-negara Barat yang mengatakan tetap melakukan kesalahan jenayah kepada tertuduh tidak kira suka sama suka atau paksa tetap dijatuhkan hukuman yang berat ke atas pihak yang kena tuduh.Mangsa pula terlepas dan dibebaskan daripada tindakan undang-undang.

3.Di negara-negara Barat pula jika melakukan paksaan sama ada penderaan atau keganasan mental atau fizikal dalam berkaitan seksual walaupun undang-undang mereka membenarkan perkahwinan sejenis atau bukan sejenis atau juga gangguan seksual tetap kena tindakan undang-undang,tetapi tidak kepada yang suka sama suka. Ini dibenarkan dan tidak menjadi kesalahan undang-undang tetapi moralnya tetap tidak baik.Besekedudukan,perzinaan,biseksual,homoseksual,lesbian dan transeksual adalah perkara biasa bagi negara-negara Barat asalkan suka sama suka dan bukan dengan paksaan.

4. Anwar homoseksual ? Tertuduh tidak dapat mengelak dan sedaya-upaya untuk melepaskan diri dengan mengatakan liwat tidak berlaku. Ini sangat penting kerana suka atau paksa tetap kena juga. Tertuduh tidak boleh berhujah suka sama suka kerana undang-undang tetap mensabitkan kesalahan jenayah telah berlaku dan pihak tertuduh terpaksa menerima hukuman atas perbuatannya. Jika di negara-negara Barat dia boleh berhujah begitu dan pasti terlepas kerana undang-undang membenarkan perilaku luar tabie itu.Di Malaysia tiada pilihan sama juga kepada yang melakukan hubungan seks dengan gadis di bawah umur juga terpakai di negara-negara barat tetap bersalah dari segi undang-undangnya.

5. Mana-mana negara dalam dunia ini undang-undangnya jika terdapat paksaan dan keganasan tetap bersalah dan boleh didakwa mana-mana undang-undang tidak kira sama-ada peruntukan undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis. Ini sama juga dengan undang-undang perkahwinan yang biasa iaitu lelaki dan perempuan. Berlakunya pencerobohan,paksaan dan keganasan boleh dikenakan tindakan undang-undang juga kepada pembohongan,penipuan dan pemalsuan dalam mana-mana undang-undang sekalipun yang dibuat.

6.Ironinya di negara-negara barat para pejuang wanitanya sangat mengambil berat gangguan seksual di pejabat dan ada undang-undang yang sangat tegas mengenainya.Bagaimana pula dengan Saiful telah mendapat ganngguan seksual dengan majikannya semasa waktu bekerja ? Tidak kiralah lelaki ganggu perempuan atau sebaliknya atau sesama jenis baik perempuan atau pun lelaki telah berlaku gangguan seksual di tempat kerja denagn paksaan dan tidak rela kepada mangsa yang tidak terdaya terutamanya dengan bos yang berkuasa dan berpengaruh.

Friday, February 12, 2010

Mahkamah Rakyat ?

1. Puak pembangkang kecoh pasal rakyat menjadi hakim dan mahkamah rakyatnya.

2. Bukankah hakim-hakim yang ada sekarang ini sebahagian rakyat Malaysia juga ? Bahkan mereka ini belajar undang-undang bertahun-tahun lamanya dan akhirnya mendapat ijazah dalam bidang ini dengan cemerlang.

3. Mereka ini bekerja sebagai peguam cara atau peguam bela dan ada juga menjadi majistret pada awalnya, naik perlahan-lahan pangkatnya menjadi hakim mahkamah sesyen,tinggi,rayuan sehingga mahkamah persekutuan.

4.Ada diantara mereka dilantik sebagai pendaftar mahkamah,hakim kanan,hakim besar Malaya dan Borneo,Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara.

5. Tiap-tiap hari mereka ini bekerja mengadili dan mengadakan perbicaraan dalam mahkamah sampai ada yang berpuluh-puluh tahun terlibat secara terus dalam perbicaraan sivil dan jenayah.

6. Dengan pengetahuan yang tinggi dan mendalam juga berpengalaman yang luas dalam perundangan selama berpuluh-puluh tahun ini jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang lainnya tidak pernah belajar dan tidak ada pengalaman  dalam bidang perundangan, siapa yang lebih tepat, adil dan patut dipercayai dalam menghukum dan membicarakan sesuatu perkara baik sivil atau jenayah di dalam mahkamah ?

7. Keadilan itu adalah meletakkan sesuatu itu pada tempat yang betul.Bagaimana hendak mencapai keadilan kalau diberikan kepada bukan orang yang ahli untuk membuat sesuatu pekerjaan dan membuat keputusan ? Contohnya jika ada kereta yang rosak kepada siapa hendak kita meminta bantuan, tentunya kepada mekanik kereta dan seboleh-bolehnya kita mahu seorang mekanik yang cekap,pandai dan berpengalaman untuk membaiki kereta kita.Kita tidak mahu sebarang orang yang membaikinya , lebih-lebih lagi kepada orang yang tak pernah belajar membaiki kereta. Dan sebagai contoh lagi jika kita sakit, mestilah nak jumpa doktor,jika boleh doktor pakar lagi dan lagi doktor yang ada tauliah dan bukan pula doktor yang palsu.

8.Para professional ini ada lembaga dan persatuan atau majlis yang memantau seperti peguam ada majlis peguamnya, doktor ada mmc dan mma begitu juga jurutera, arkitek dan akauntan. Ini semua untuk mengelakkan terjadinya penipuan kepada rakyat dengan mengeluarkan lesen kepada para professional dapatlah rakyat tahu mereka ini benar dan bukannya palsu.Mereka ini menjalani peperiksaan dan penilaian yang ketat untuk medapatkan lesen perkhidmatan kepada orang ramai.

9. Saudara berfikirlah mahukah kita membiarkan kita dalam kebinasaan dengan memberikan orang yang bukan ahli untuk membuat keputusan penting dalam melaksanakan amanah negara ini ?

Tuesday, February 9, 2010

Parti Tanah Melayu

  1. Mempertahankan, Memperjuangkan dan Memperkuatkan ISLAM, MELAYU dan TANAHAIR
  2. Bersifat KERAS dan TEGAS kepada kaum KAFIR dan bukan MELAYU
  3. Tiada kompromi dalam urusan AKIDAH
  4. Pemimpin yang dipilih atau dilantik wajib ada sifat-sifat AMANAH, BENAR, FATANAH dan TABLIGH
  5. Tidak pernah menjadi pemimpin atau berjawatan dalam mana-mana parti sebelum ini untuk mengelakkan sifat,sikap dan amalan-amalan yang buruk yang diwarisi dari parti-parti politik yang ada sekarang.
  6. Keutamaan kepada yang penyabar,pemberani, kuat mental dan fizikalnya,bersemangat waja dan tidak berputus asa dalam perjuangan
  7. JIHAD