Thursday, May 16, 2013

SMS Fitnah Dan Hasutan

1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!
    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)
    Message centre: +447797706027
    Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm

2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka bersama kita untuk tumbangkan UmmNO.BeEnd. Usah takut. Keluar UNDI. ABU
    Sender: +880272825572 (BANGLADESHDHAKA, BTCL)
    Message centre: +134523096666 (CAYMAN ISLANDS, LIME)
    Sent: 2-May-2013   Time: 05:04:17 am

Dua sms di atas saya telah terima beberapa hari sebelum tarikh mengundi PRU 13.Mereka menggunakan kaedah telemarketing yang biasanya nombor-nombor hp yang diperolehi itu daripada pemegang akaun dan kad kredit bank-bank di Malaysia.Sangat mudah untuk mendapatkannya dengan bayaran hanya10sen,20sen,50sen dan lebih dari itu untuk pemegang premium akaun dan kad kredit. Sumber daripada orang dalam bank-bank berkenaan.

Jika mereka menghantar hanya 10%  daripada jumlah 13.3 juta pengundi PRU 13, kirakanlah berapa banyak wang yang telah dibelanjakan untuk penyebaran "bulk" sms satu variasi sahaja. Kemungkinan terdapat banyak variasi dan sekurang-kurangnya 4 bahasa digunakan  sama ada beroperasi dalam negara atau luar negara.


Thursday, May 9, 2013

Undi popular atau majoriti kerusi?

Sekarang kecoh dengan undi popular sampai Kit Siang tak iktitaf Najib sebagai PM.

Imbau kembali pilihan raya Presiden USA, Al Gore vs George W. Bush pada tahun 2000.

Pada waktu itu Al Gore mendapat undi popular lebih 500 ribu undi dan peratusan lebih 48% berbanding George W. Bush hanya mendapat 47% undi popular.

Undi elektoral pula George W. Bush menang dengan kelebihan 271-266 berbanding yang dimenangi Al Gore.Negeri pula Bush menang 30-20 + Washington DC berpihak kepada Al Gore.

Keputusannya George W. Bush diisytiharkan menang dan menjadi Presiden USA dan  Mahkamah Agung USA telah mengesahkan kemenangan George W. Bush pada 12 disember 2000.

Rakyat Amerika boleh menerima keputusan pilihan raya termasuk Al Gore, mengapa tidak kepada Anwar yang undi popularnya merosot 4 ribu dan PKR berkurangan satu kerusi Parlimen. PR selalu merujuk Amerika sebagai tempat rujukan mengapa tak nak pula dalam kes PRU13 sampai mengadu pada Obama?

Al Gore vs. George W. Bush sangat tipis berbanding dengan PRU13 Malaysia di mana BN menang lebih 60% kerusi Parlimen berbanding PR walaupun peratus undi popularnya lebih 51%. tetapi DUN pula BN undi popularnya lebih 3 ribu undi daripada PAS,PKR dan DAP.

Akhirnya George W. Bush lebih berjaya pada tahun 2004 dan menamatkan jawatan Presiden selama dua penggal mengikut perlembagaan Amerika.Adakah Najib mendapat nasib yang sama pada PRU14?InsyaAllah.

Perhatian Untuk Najib!

Pilih dan lantiklah orang yang berani,kuat dan tegas untuk menjadi Menteri Dalam Negeri.Cita-citanya hanya menjaga keselamatan dan keamanan negara sahaja.Jika ahli politik yang menjadi pilihan,biarlah orang yang tidak bercita-cita tinggi dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri dan lagi peratusan pengundi melayu dan bumiputra adalah 2/3 dalam kawasan Parlimennya.

Ini membolehkan Menteri itu bertindak tanpa dipengaruhi sentimen para pengundi di kawasannya seperti apa yang terjadi pada Menteri sebelum ini yang memilih jalan selamat untuk cita-cita peribadinya mengejar jawatan tertinggi parti dan kerajaan.

Kembali semula..

1.Kembali kepada asas dan pangkal jalan untuk membetulkan apa-apa yang salah.
2.Ia juga dapat menambahkan kekuatan dan menampung kekurangan.
3.Susunkan plan induk dan perkemaskan strategi,operasi dan taktikal.
4.Laksanakan plan jangka pendek,sederhana dan jangka panjang.
5.Permulaan jangka pendek dengan mendaftarkan pengundi-pengundi melayu,orang asli dan bumiputra yang layak mengundi berumur lebih 21 tahun dengan bersistematik dan bersungguh-sungguh secara all out mulai sekarang.
6.Sudah mendaftar sebagai pengundi,pastikan mereka keluar mengundi.
7.Laksanakan perumahan mampu milik di bandar-bandar yang baharu dibuka dan dalam perancangan akan datang.
Use OpenDNS