Thursday, May 9, 2013

Undi popular atau majoriti kerusi?

Sekarang kecoh dengan undi popular sampai Kit Siang tak iktitaf Najib sebagai PM.

Imbau kembali pilihan raya Presiden USA, Al Gore vs George W. Bush pada tahun 2000.

Pada waktu itu Al Gore mendapat undi popular lebih 500 ribu undi dan peratusan lebih 48% berbanding George W. Bush hanya mendapat 47% undi popular.

Undi elektoral pula George W. Bush menang dengan kelebihan 271-266 berbanding yang dimenangi Al Gore.Negeri pula Bush menang 30-20 + Washington DC berpihak kepada Al Gore.

Keputusannya George W. Bush diisytiharkan menang dan menjadi Presiden USA dan  Mahkamah Agung USA telah mengesahkan kemenangan George W. Bush pada 12 disember 2000.

Rakyat Amerika boleh menerima keputusan pilihan raya termasuk Al Gore, mengapa tidak kepada Anwar yang undi popularnya merosot 4 ribu dan PKR berkurangan satu kerusi Parlimen. PR selalu merujuk Amerika sebagai tempat rujukan mengapa tak nak pula dalam kes PRU13 sampai mengadu pada Obama?

Al Gore vs. George W. Bush sangat tipis berbanding dengan PRU13 Malaysia di mana BN menang lebih 60% kerusi Parlimen berbanding PR walaupun peratus undi popularnya lebih 51%. tetapi DUN pula BN undi popularnya lebih 3 ribu undi daripada PAS,PKR dan DAP.

Akhirnya George W. Bush lebih berjaya pada tahun 2004 dan menamatkan jawatan Presiden selama dua penggal mengikut perlembagaan Amerika.Adakah Najib mendapat nasib yang sama pada PRU14?InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Use OpenDNS