Loading...

Monday, March 1, 2010

5200 Berbogel Di Sydney

1. Entahlah, apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang, sudah hilang rasa malu dan berasa bangga pula dengan tabiat berbogel di khalayak ramai dan di tempat awam. Klik di sini. 

2. Amalan seks luar tabie seperti homoseksual dan lesbian diperjuangkan dengan terbuka dan berani sekali dikalangan sebahagian manusia di dunia ini sehingga mendapat pengiktirafan di setengah-setengah negara dan ada para pemimpin politik terlibat sama.

3. Pengamal gay dan lesbian telah menyusup masuk menjadi orang-orang yang sangat berpengaruh dalam masyarakat dan berkuasa dalam pentadbiran negara seperti ahli politik,pegawai kerajaan,institut kehakiman dan kerjaya profesional.

4. Wabak ini telah melanda Eropah, Kanada , Australia dan beberapa negara Afrika ( Uganda sudah kronik ) dengan begitu pantas berkembang sekali membawa pelbagai penyakit sosial menjahanamkan keturunan manusia dan malapetaka bencana yang akan diturunkan Allah kepada semua umat manusia tanpa mengira jahat atau baik sama ada beriman atau tidak, semuanya akan menerima pembalasan daripada Allah.

5. Pelbagai kejadian gempa bumi, tsunami,banjir besar,kemarau yang panjang,turunnya salji yang luar biasa dan beberapa penyakit epidermik seperti selsema burung,babi dan sars dengan kerap dan hampir masanya setiap sesuatu kejadian itu berlaku. Dan lagi akan timbul pelbagai penyakit yang baru yang boleh merebak dengan pantasnya.

3 comments:

  1. sememangnya di akhir zaman sebelum kiamat berlaku perkara-perkara ini akan berlaqku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana nak tgk. Ingin juga tgk benda-benda ni sebelum kiamat. Taklah rugi kalau esok kiamatkan?

      Terimakasih kerna kongsi. kongsi itu sayang. Kongsilagi ye.

      Delete
  2. Tuan empunya blog,
    mohon dilink www.dtubes.tv di blog tuan ini.

    terima kasih.
    che chu bidin

    ReplyDelete